Tuesday, 9 July 2013

Salam Ramadhan

Selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia kepada semua umat Islam di Malaysia. Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu makna dan memberi kita ketenangan untuk menghadapi hari hari akan datang.

Walaupun di bulan Ramadhan latihan untuk semue atlet tetap diteruskan namun hanya dilakukan pada sebelah petang sahaja bermula jam 4.00 petang hingga 6.00 petang. Latihan pagi diganti dengan kelas akademik dan kelas kecemerlangan untuk atlet yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Pada sebelah malam para atlet dan semua warga SSTMI akan berterawih bersama-sama di surau SSTMI.

Ini kerana pada 20 - 31 Ogos beberapa pasukan dari SSTMI akan beraksi di Thailand Sports School Games. Makluman mengenai sukan apa yang akan bertanding akan diberitahu kemudian.


No comments:

Post a Comment