Keputusan Liga KPM 2013
Jumaat, 5/7/2013
Pasukan bolasepak SSTMI Bawah 13 Tahun dan Bawah 15 Tahun telah mencatat kemenangan ke atas Sarawak pada perlawanan Liga PMP Bawah 14 Tahun dan Liga Remaja KPM/FAM Bawah 17 Tahun petang tadi di Stadium Mini SSTMI, Bandar Penawar.
Pasukan Bawah 13 Tahun telah mencatatkan kemenangan 1-0 hasil gol tunggal perlawanan oleh Alif Safwan. Kedua-dua pasukan telah menunjukkan semangat juang yang tinggi sepanjang perlawanan.
Manakala untuk perlawanan Liga Remaja KPM/FAM Bawah 17 Tahun , SSTMI Bawah 15 Tahun telah menunjukkan taring mereka dengan menewaskan Sarawak 3-0. Gol-gol SSTMI Bawah 15 Tahun dijaringkan oleh
Syahmi Safari, Najib Abdullah dan Syahmi Aiman. Pemain telah menunjukkan peningkatan dan mutu permainan yang baik. Mereka berjaya mengekang asakan pemain lawan yang banyak di gerakkan oleh Tommy.
Tahniah kepada pasukan bola sepak SSTMI kerana berjaya mengutip 3 mata penuh. Perlawanan seterusnya
SSTMI akan menentang Kedah pada Isnin, 8 Julai 2013 di Stadium Mini SSTMI. Perlawanan untuk Bawah 14 Tahun akan berlangsung jam 3.00 petang manakala untuk Bawah 17 Tahun pada jam 5.00 petang. Anda semua dijemput hadir.
Sekian.
Scrum sebelum perlawanan bermula
PASUKAN BAWAH 13 TAHUN SSTMI
PASUKAN BAWAH 15 TAHUN SSTMI