Sunday, 18 August 2013

AFF U16 CHAMPIONSHIP 2013

Pasukan Bolasepak Malaysia Bawah 15 Tahun akan beraksi dalam kejohanan AFF U16 CHAMPIONSHIP 2013, di Nay Pyi Daw, Myanmar. Kejohanan akan berlangsung pada 20 Ogos - 2 September 2013.

Seramai 7 orang pemain SSTMI U15 terpilih mewakili skuad kebangsaan. Mereka adalah;

  1. AHMAD IKHWAN BIN HAFIZ
  2. ALI IMRAN BIN ALIMI
  3. MOHAMAD RAMADHAN BIN JALIL
  4. MUHAMAD HAFIY HAIKAL BIN ISMAIL
  5. MUHAMMAD GHAFFAR BIN ABDUL RAHMAN
  6. MUHAMMAD NAJMUDDIN BIN SAMAT
  7. NAJIB BIN ABDULLAH
Baki pemain adalah dari Sekolah Sukan Malaysia Pahang, Gambang.

SELAMAT BERJUANG 

Selamat Hari Raya

Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin

Selamat kembali bertugas dan kepada jurulatih yang telah mula bertugas seawal raya ketiga lagi untuk persiapan ke Thailand Sports School Games dan selamat berjuang dan mengharumkan nama sekolah sekaligus nama negara.

Keputusan dan berita terkini akan di update di entri akan datang.


Tuesday, 9 July 2013

Salam Ramadhan

Selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia kepada semua umat Islam di Malaysia. Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu makna dan memberi kita ketenangan untuk menghadapi hari hari akan datang.

Walaupun di bulan Ramadhan latihan untuk semue atlet tetap diteruskan namun hanya dilakukan pada sebelah petang sahaja bermula jam 4.00 petang hingga 6.00 petang. Latihan pagi diganti dengan kelas akademik dan kelas kecemerlangan untuk atlet yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Pada sebelah malam para atlet dan semua warga SSTMI akan berterawih bersama-sama di surau SSTMI.

Ini kerana pada 20 - 31 Ogos beberapa pasukan dari SSTMI akan beraksi di Thailand Sports School Games. Makluman mengenai sukan apa yang akan bertanding akan diberitahu kemudian.


Monday, 8 July 2013

Laporan Mingguan

Madsen 2nd Age Group Junior Tennis Tournament 2013

Pemenang
Johan U-15 - Rohizat Achop

Tempat ke-3 U-18 - Faris Iqmal

Syabas kepada atlet Tenis SSTMI.

Jurulatih SSTMI En.Syazwan Hashim (paling kanan) bergambar dengan pegawai kejohanan


Pasukan Tenis SSTMI

Tempat ke-3 U-18 - Faris Iqmal

Johan U-15 - Rohizat Achop


Laporan Mingguan

Kejohanan Hoki U-14 Jemputan MBI-Anderson, Ipoh 2013

Keputusan:
SSTMI 1-1 SSBJ

SSTMI juara menerusi penalty shoot out 5-3. Syabas pasukan Hoki U14 SSTMI.

Pasukan Hoki U14 SSTMI 


Rangkuman Sukma

Tahniah kepada pasukan Lawan Pedang Sabre Sukma Johor kerana telah mendapat pingat emas berpasukan dan individu menerusi Filzah Syabila dan Syafiq Rizal menyumbang pingat gangsa. Majoriti atlet lawan pedang ini terdiri daripada pelajar-pelajar dan bekas pelajar dari SSTMI.

Syabas kepada barisan kejurulatihan Lawan Pedang SSTMI.

Emas individu menerusi Filzah Syabila dan Syafiq Rizal menyumbang pingat gangsa


Pegawai Tambahan Pasukan Johor, En Firdaus Jamaludin a.k.a Kim Koyan bersama pasukan sabre wanita johor yang memenangi pingat emas berpasukan kategori sabre

Para pemenang

Keputusan Liga KPM dan Piala Presiden

Isnin, 8 Julai 2013

Liga Piala Menteri Pelajaran Malaysia
SSTMI Bawah 13 Tahun 1-2 Kedah Bawah 14 Tahun

Liga Remaja KPM/FAM
SSTMI Bawah 15 Tahun 1-3 Kedah Bawah 17 Tahun


Liga Piala Presiden
Pahang 4-1 SSTMI

Hari ini kesemua perlawanan yang melibatkan pasukan bolasepak SSTMI mengalami kekalahan. Namun barisan jurulatih tetap optimis dengan kemampuan pasukan dan akan melakukan post mortem terhadap kekalahan ini.

Semoga pemain belajar dan jadikan pengajaran yang bermakna apa yang terjadi pada hari ini serta dapat mengembalikan mutu permainan dan kualiti yang ada pada diri mereka sebagai pemain pelapis negara.